PERATURAN PINJAMAN BUKU

Perpustakaan Desa telah menetapkan peraturan pinjaman dan pemulangan seperti berikut :

  1. Seorang peminjam perlulah menjadi ahli perpustakaan terlebih dahulu.
  2. Untuk membuat pinjaman setiap ahli dikehendaki sentiasa membawa kad keahlian bersama bagi melakukan proses pinjaman buku.
  3. Seorang ahli dibenarkan meminjam dua buah buku untuk tempoh 14 hari.
  4. Hanya buku-buku di bahgian pinjaman sahaja boleh dipinjam. Buku-buku dan bahan-bahan rujukan bertanda 'R' atau 'RK' berlabel hijau, kuning, merah dan sebagainya adalah tidak dibenarkan meminjam.
  5. seseorang ahli boleh memulangkan buku yang dipinjam sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
  6. Ahli yang tidak memulangkan buku akan disenarai hitamkan serta dibatalkan keahlian setelah budi bicara dilakukan.
  7. Ahli yang tidak memulangkan buku adalah bertanggungjawab terhadap buku yang dipinjamkan samada koyak, kotor, rosak, contengan dan kehilangan.
  8. Jika berlaku kehilangan buku, ahli perlu melaporkan kepada kakitangan yang bertugas dikaunter. Denda akan dikenakan mengikut kadar harga buku tersebut seperti yang diperolehi oleh perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan