PENGENALAN




Perpustakaan Desa adalah sebuah Perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008 dan sehingga kini bertujuan untuk memudahkan masyarakat sekeliling menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar.

Perpustakaan Desa Kg Pangkal Gong ini merupakan satu cawangan kecil yang terletak dalam Mukim Pauh Lima di daerah Machang, Kelantan Darul Naim. Perpustakaan Desa ini juga merupakan sebuah pusat yang akan memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Setiap tahun Perpustakaan ini menerima buku-buku dan bahan rujukan yang dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi penambahan koleksi yang sedia ada. Bagi buku-buku yang telah siap diproses ia akan ditempatkan di rak-rak buku untuk dipinjam oleh pengguna atau pengunjung Perpustakaan Desa tersebut.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan