PERATURAN DALAM PERPUSTAKAAN
Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, meludah, tidur dan menconteng di dalam perpustakaan.
Tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam perpustakaan tnapa mendapat kebenaran petugas.
Pengguna hendaklah membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
Tidak dibenarkan mengubah susunatur perabot atau peralatan di perpustakaan.
Jangan berebut-rebut semasa hendak masuk atau keluar dari perpustakaan.
Perbuatan tidak senonoh atau sumbang adalah dilarang sama sekali di dalam perpustakaan desa.
Tidak dibenarkan merosakkan alatan perpustakaan dengan cara menconteng , menggores, mengotorkan atau dengan apa cara sekalipun.
Petugas perpustakaan berhak untuk mengarahkan pengguna yang tidak mengikut peraturan keluar dari perpustakaan.
Ibu/bapa penjaga hendaklah mengawal anak-anak mereka dari membuat bising dan menganggu ketenteraman pengguna lain.
Sila pastikan anda mengikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan.
Ikutilah dan patuhi arahan perpustakaan desa dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan