LATARBELAKANG

Perpustakaan Desa sebelumnya diwujudkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti RISDA, KEMAS, FELDA dan sebagainya. Pada asalnya Perpustakaan Desa diwujudkan di balairaya, dewan orang ramai, bilik bacaan atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai dan mudah dikunjungi oleh masyarakat setempat. Walaubagaimanapun mulai Rancangan Malaysia ke 7 (RMK7), Kerajaan Persekutuan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah memberi peruntukan untuk pembinaan bangunan perpustakaan desa. Dengan penubuhan bangunan perpustakaan yang tersendiri, ia dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan Perpustakaan Desa kepada masyarakat.


Perpustakaan Desa Kg Pangkal Gong terletak di dalam Mukim Pauh Lima. Nama asal Mukim Pauh Lima sempena satu simpang tiga dari Bukit Tok Sheikh ke Kampung Panggong dimana terdapat lima batang pokok pauh tumbang. Disitu didirikan sebuah Masjid dikenali sebagai Masjid Pauh Lima. Dalam Mukim Pauh Lima terdiri dari 11 buah kampung:

A.      Kampung Pangkal Gong
B.      Kampung Baru Pangkal Gong
C.      Kampung Geng
D.      Kampung Peradong
E.       Kampung Kelubi
F.       Kampung Kuala Merabang
G.     Kampung Pangkal Nering Timur
H.      Kampung Durian Tembaga
I.        Kampung Panggong

Keluasan keseluruhan adalah 5km persegi bermula dari Jambatan Sungai Bagan hingga ke Sungai Pulai Chondong,dari pengkalan kunyit hingga sempadan Bukit Batu Meninjau.

Pertanian Guna Tanah:
Padi
25%
Getah
30%
Penempatan
15%
Hutan simpan dan Tanah terbiar
30%

Jumlah rumah lebih kurang 428 buah dan jumlah penduduk dalam anggaran 2680 orang iaitu 40% wanita dewasa, 30% lelaki wanita, 20% kanak-kanak perempuan dan 10% kanak –kanak lelaki.

Kegiatan utama penduduk adal penoreh getah, penanam padi, kakitangan kerajaan ,kakitangan swasta selebihnya bekerja sendiri dan berniaga.

Kemudahan struktur awam di Mukim Pauh Lima yang terletak di jalan utama dari Kota Bahru ke Machang dan jalan alternatif ke Kota Bharu melalui Jalan Kemubu.

Terdapat beberapa buah sekolah yang berada berdekatan Perpustakaan Desa ini. Sila rujuk jadual di bawah :

SEKOLAH DALAM DAERAH PULAI CHONDONG


BIL
NAMA SEKOLAH
MUKIM

SELIAAN

1.
Sek.Men. Abd. Samad, Pulai Chondong
Pauh Lima

Kementerian Pendidikan

2.
Sek.Ren.Keb.Pulai Chondong ( 2 )
Pauh Lima

Kementerian Pendidikan

3.
Maahad Tahfiz Pulai Chondong
Pauh Lima

YIK

4.

Maahad Samsul Maarif  Perempuan, P.Chondong

Alor Melaka

YIK

5.
Sek.Keb. Pulai Chondong ( 1 )
 Gading Galoh

Kementerian Pendidikan

6.
Sek.Ren.Keb.Mata Air
Bagan

Kementerian Pendidikan

7.
Sek.Ren.Keb. Bandar
Kerawang

Kementerian Pendidikan

8.
Sek.Ren.Keb.Kerawang
Kerawang

Kementerian Pendidikan

9.

SJK(C) Pulai Chondong

Gading Galoh

Kementerian Pendidikan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan